Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh... dan salam sejahtera
Bertemu kita dalam entry kali ini.. setelah hampir 11 tahun aku meninggalkan bumi Mesir, baru kali ini aku ingin berkongis cerita, ni pun atas permintaan adik aku, kebetulan aku pun mok kongsi pengalaman aku ketika belajar di Mesir dulu, macam tau-tau jak adik aku mok cita pasal Mesir ni. So cerita aku ni ikut episod lah katakan, sebab cerita aku ni panjang belaka hehehe... so kita ikuti Episod Pertama..
"Ahlan wasahlan, wa marhaban bikum fi Masr, zaiyak ya sidi?" Adakah sesiapa yang faham ? heheh mayb ada yang fahan dan yang tidak kan. Ni maksudnya " selamat datang kepada anda semua ke bumi Mesir, tuan apa khabar?"... Aku pun ndak faham apa yang dorang cakapkan hehehe : ) waktu mula-mula sampai di Mesir. Waktu tu kami menaiki penerbangan Singapore Airline (SQ) dari Kota Kinabalu ke Kota Singa@Singapura. Punyalah ramai orang di airport time tu, macam hantar orang pigi naik haji jak. Well pigi oversea lah katakan. so biasalah macam-macam babak drama time tu, ada yang pura-pura ndak menangis, ada yang menangis. Tapi aku macam biasa jak time tu, sedih juga tapi ndaklah sampai menangis. Mak@bapa aku yang sedih@menangis, mayb aku ni jenis keras hati (time tulah.. skrg lembut hati dah..mudah menangis ni...huhuhu) tu yang ndak menangis. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kami pun meninggal bumi Sabah di bawah bayu ke kota Singa.
Kami transit di lapangan terbang Changi, Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Mesir@Egypt pada jam 11.30 malam. So sementara menanti penerbangan malam nanti, kami ambil peluang jalan-jalan di bandaraya kota Singa ni. Memang cantik, aku rasa macam di Amarika gitu hehe.. well 1st time p oversea lah katakan, jakun sikit hehehe, bangunannya tinggi-tinggi belaka. Lebih kurang 2 jam kami round kota Singapura, kira puas hati jugalah. Kemudian kami balik ke airport untuk berehat. Nasib baik ndak boring di aiport tu sebab besar dan cantik dan ada karpet boleh baring-baring hehehe...
Sampailah masa untuk kami meneruskan penerbangan ke bumi Mesir yang mengambil masa 8 jam. Lama tu.. tapi best naik flight Singapore ni sebab selesa dan kenyang@balik-balik makan ni. Rasanya cukup setakat ini dulu cerita kita, nanti kita sambung dalam episod ke-2 akan datang insya Allah..
p/s Flight transit di Dubai.....akan bersambung ..
No comments:
Post a Comment