mode


Monday 22 August 2011

Mesir Bumi Anbia' - Episod 2

Bismillah.. dengan nama Allah...

Asslamualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia..

Bertemu kita dalam entry kali ini dalam Mesir Bumi Anbia' - episod 2... Penerbangan diteruskan lagi.. kami terbang dalam jam 11.30 malam waktu tempatan (Singapura), penerbangan akan mengambil masa 8 jam ke Mesir, lama tu... dalam penerbangan tu ndak juga boring sebab kami di sajikan dengan makanan yang enak-enak, sampai ndak larat aku mok makan sebab kenyang betul. Ada yang melaya movie, ada melayan game..aku pulak tengok movie jak.. lepas tu aku menidurkan diriku...

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan pengumuman oleh pilot yang kami akan transit di Dubai International Airport, so kami pun transit selama satu jam. Aku pun ndak ingat jam brapa kami sampai di Dubai, sebab aku masih mamai-mamai lagi masa tu. Memang cantik jugalah airport Dubai ni dan merupakan antara airport yang paling sibuk di dunia, apa ndaknya hampir semua penerbangan akan trasit di Dubai, kira macam centrel airportlah katakan, kalau macam di KL tu KL CENTREL lah. Kami ndak dibenarkan keluar dari airport sebab kami transit ndak lama, satu jam jak.





So kami pun ambil peluang jalan-jalan dalam airport Dubai ni. Memang cantik dan menawan sekali. Airport Dubai juga merupakan tempat shoping yang terkenal@ free duty. So barang-barangnya pun murah-murah, terutamanya barang-barang eletronik. Aku ndaklah bershoping hehe : ), sebab pertama kali ke oversea, so ndak tau apa-apa. Lagipun ndak da bajet time tu, biasiswa belum dapat lagi. Sedar ndak sedar masa berlalu pergi, ndak cukup masa satu jam untuk round-round airport Dubai ni. So kami pun meneruskan penerbangan kami ke bumi Mesir.



Dalam penerbangan ke Mesir, sempat lagi aku minta psokad dengan pramugari dan aku pun menulis poskad untuk dikirim buat family ku di kampung. Rindu ku bertandang, tiba-tiba aku merasa sedih dan rindu pada keluargaku : (. Aku ndak akan lupa segala pengorbanan mu wahai ayah dan ibuku, aku akan belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarga kita. Aku menanam niat dalam hatiku, agar aku berjaya dalam pelajaran ku...

Kita akan berjumpa di episod akan datang.... 

p/s Aku selamat sampai di bumi Mesir....

Friday 19 August 2011

Mesir Bumi Anbia' - Episod 1

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullah wabaraktuh... dan salam sejahtera

Bertemu kita dalam entry kali ini.. setelah hampir 11 tahun aku meninggalkan bumi Mesir, baru kali ini aku ingin berkongis cerita, ni pun atas permintaan adik aku, kebetulan aku pun mok kongsi pengalaman aku ketika belajar di Mesir dulu, macam tau-tau jak adik aku mok cita pasal Mesir ni. So cerita aku ni ikut episod lah katakan, sebab cerita aku ni panjang belaka hehehe... so kita ikuti Episod Pertama..

 

"Ahlan wasahlan, wa marhaban bikum fi Masr, zaiyak ya sidi?" Adakah sesiapa yang faham ? heheh mayb ada yang fahan dan yang tidak kan. Ni maksudnya " selamat datang kepada anda semua ke bumi Mesir, tuan apa khabar?"... Aku pun ndak faham apa yang dorang cakapkan hehehe : ) waktu mula-mula sampai di Mesir. Waktu tu kami menaiki penerbangan Singapore Airline (SQ) dari Kota Kinabalu ke Kota Singa@Singapura. Punyalah ramai orang di airport time tu, macam hantar orang pigi naik haji jak. Well pigi oversea lah katakan. so biasalah macam-macam babak drama time tu, ada yang pura-pura ndak menangis, ada yang menangis. Tapi aku macam biasa jak time tu, sedih juga tapi ndaklah sampai menangis. Mak@bapa aku yang sedih@menangis, mayb aku ni jenis keras hati (time tulah.. skrg lembut hati dah..mudah menangis ni...huhuhu) tu yang ndak menangis. Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kami pun meninggal bumi Sabah di bawah bayu ke kota Singa.


Kami transit di lapangan terbang Changi, Singapura sebelum meneruskan penerbangan ke Mesir@Egypt pada jam 11.30 malam. So sementara menanti penerbangan malam nanti, kami ambil peluang jalan-jalan di bandaraya kota Singa ni. Memang cantik, aku rasa macam di Amarika gitu hehe.. well 1st time p oversea lah katakan, jakun sikit hehehe, bangunannya tinggi-tinggi belaka. Lebih kurang 2 jam kami round kota Singapura, kira puas hati jugalah. Kemudian kami balik ke airport untuk berehat. Nasib baik ndak boring di aiport tu sebab besar dan cantik dan ada karpet boleh baring-baring hehehe...
    

Sampailah masa untuk kami meneruskan penerbangan ke bumi Mesir yang mengambil masa 8 jam. Lama tu.. tapi best naik flight Singapore ni sebab selesa dan kenyang@balik-balik makan ni.  Rasanya cukup setakat ini dulu cerita kita, nanti kita sambung dalam episod ke-2 akan datang insya Allah..

p/s Flight transit di Dubai.....akan bersambung ..



Thursday 18 August 2011

Hari Yang Murung.. Macam Awan Yang Mendung...

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Solawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW

Asslamualikum warahamtullahi ta'ala wabarakatuh...dan salam sejahtera..

[Hari ini.. 18.08.2011/ 18 Ramadhan 1432 Hijrah, Genap sudah 89 hari usia perhubungan kami, moga kasihsayang dan ukhuwah yang terjalin akan berkekalan buat selamanya.. cepatnya masa berlalu pergi.. ]

Bertemu kembali dalam entry kali ini.. agak lama juga aku ndak meng'entry'kan diri ni. Adik aku pun ada tanya, ndak da entry baru kah? aku bagi tau insya Allah aku akan buat. So hari ini aku pun buatlah entry baru. Tapi sebelum tu, aku mohon maaf kalau entry aku ni ndak da yang menarik, tidak macam bloger yang lain cita@entry dorang kelas2 belaka. Maklumlah aku ni ndak tau mok cita apa. So apa yang aku terfikir itulah yang terzahir dalam blog ku ini.

Ok back to the title .. bila baca jak tajuk entry kali ini mesti banyak masalh kan. Ya, memang betul, aku ada masalah, ectually bukan hari ni jak, dalam minggu ini banyak betul masalah yang aku hadapi. So tidak lain tidak bukan tempat aku mengadu adalah adik aku. walau pun adik tapi aku rasa macam aku yang  jadi adik dan adik aku yang jadi abang. Ndak kisahlah adik kah abang@tua kah muda yang penting boleh tolong kita bagi pendapat, pandangan, dorongan dan yang sewaktu dengannya.

Baru-baru ini sakit aku datang lagi, tiba-tiba dada@jantung aku sakit. Sebelum tu aku pigi sambung lesen di pejabat Pos Besar KK, setelah selesai buat lesen aku pigi CP mok ambil h.sat adik kena baiki sebab rosak. Lepas daripada CP, time mok balik ofis, aku rasa dada aku rasa mcm lain jak, sakit yang menyucuk-nyucuk. So aku pun parking tepi kejap utk rehat, dalam pada itu aku mesej adik aku. Adik aku suruh pigi hospital, tu pun kalau dgr cakap adik. Mcm marah jak adik aku ni heheh :), aku faham maksud adik. So aku pun p hospital... kena ikut cakap adik aku, sebab adik adalah 'doktor' peribadi aku. So aku paksa juga drive ke hospital w.pun dalam keadaan sakit. nasib baik ndak pengsan. Sampai jak hospital aku trus masuk bilik kecemasan, so aku terangkan pada doktor yang aku sakit dada@jantung. So aku pun diberikan oksigen dan disuruh rehat. Doktor cakap aku sebab stress, memang betul aku stress dengan kerja. So tekanan darah, jantung ndak stabil tu yang buat aku panik dan yang sewaktu dengannya. Lama juga aku di hospital, bila aku sudah rasa lega@tenang, lepas doktor bagi ubat dan aku pun benarkan balik. Aku ndak balik ofis, aku terus balik rumah abah untuk berehat.

Minggu ini juga aku banyak meeting, balik-balik meeting, hari in pun aku ada meeting. Meeting pasal penubuhan program baru iaitu program Doktorate In Buseniss Administration (DBA), ala.. macam PHD jugalah. So masa meeting tu tiba-tiba kepala aku pening, mayb kena hujan tadi pagi. Aku harap aku ndak demam, sebab aku ni elergik dengan hujan, kena sikit jak terus demam. Aku ndak lama dalam meeting tu, so aku pun keluar awal sebab aku mok merehatkan diriku buat seketika waktu.

Setelah aku rasa lega sikit, aku pun online kejap, dapat jugalah aku b'chat dengan adik ku tapi kejap jak. Aku dapat tau ada orang cakap yang ndak baik pasal adik ku... tetiba aku rasa sedih dan geram. Aku sedih sebab sampai hati orang tu cakap yang bukan2, rezeki itu daripada Allah, bukannya adik aku ndak berusaha cuma belum ada rezeki lagi. Aku geram dengan orang yang cakap adik aku yang bukan2. Tiba2 aku rasa sedih dan sebak, aku dapat rasakan apa yang adik rasa time orang tu cakap dengan adik. Sebab aku pun  dulu pernah kena cakap2 juga, belajar tinggi2 tapi keja pun belum dapat2 juga. Aku ndak dapat tahan menahan sebak, lalu air mata lelaki ku gugur untuk kesekian kalinya. Malu juga dengan adik, adik stedy jak ndak nangis tapi aku plak yang emosi. Bukan apa aku sayang ma adik aku.. hanya Allah yang tahu.

Rasanya setakat ini jak kisah aku kali ini, apa2 pun aku bersyukur kehadrat Ilahi sebab dikurniakan seorang adik yang kuat, tabah, serba boleh dan macam2 lagilah kehebatan yang ada pada adik aku. Bukan niat memuji tapi itulah hakikat yang sebenar.

p/s Jangan sia-siakan masa yang ada, kerana masa yang ada itu tidak akan berulang kembali...


Thursday 11 August 2011

Aku Diuji lagi...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah....

Asslamualaikum dan salam sejahera....

Kembali lagi kita dalam entry baru.. setelah beberapa hari aku ndak meng'entry'kan diriku ini. Ectully semalam lagi aku mau buat entry baru, tapi housemate aku guna komputer, dia main game. Tunggu punya tunggu ngantuk lah pulak, so lepas sahur nilah aku amik kesemptan sebab dia masih tidur. Aku kejutkan dia untuk sahur, rupa-rupanya awal lagi dia bersahur. 

So "aku diuji lagi".. tajuk entry kali ini. Sebenarnya banyak sudah ujian yang aku tempuhi sebelum-sebelum ni. Kali ini aku diuji lagi dengan kehilangan barang yang baru aku beli. Semalam@kelmarin, aku kehilangan kasut yang baru aku beli@belum setahun jagung aku pakai, extually aku belum pakai lagi kasut tu. Aku niat mau pakai kasut tu kemarin, cari punya cari aku ndak jumpa dengan kasut aku tu. Ndakkan aku salah simpan.  Kasut tu aku simpan dalam ofis aku, dibawah meja. So aku yakin kasut tu sudah hilang. Aku ada beli dua pasang, satu untuk adik aku, dan satu lagi untuk aku, sama saiz@sama patern. Aku belikan adik sebab kasut adik aku hilang. Sekali aku lah pulak yang kehilangan kasut. Aku bagi tau adik pasal kasut tu hu3, sedihnya aku time tu, ni lagi dibulan Ramadhan yang mulia ini. Ndak pa sabar-sabar, aku pujuk hati aku. Aku bagi tau adik, ada cleaner selalu datang bersihkan ofis, so aku ndak maulah tuduh2 dorang yang amik. Adik suruh tanya dengan cleaner tu mana tau dorang ada nampak@terambil kasut tu. So aku pun tanyalah dengan sopan dan santunya dengan dorang. Dorang cakap ndak da nampak pun, kalau ada pun mana dorang mok mengaku. 

Nasib baik ada aku terpujuk dengan kisah adik aku dalm blognya, mengenai he'HEBAT'an diri kita dalam menampilakan sesuatu. Ini adalah antara kata-kata hikmat dan kata-kata semangat dari adik aku : 

"..bukan HEBAT yang kau perlu tampilkan, tapi cukup dengan menampilkan siapa sebenarnya diri kau.selesa dengan siapa sebenarnya diri kau. jadilah diri kau yang sebenar , maka esok akna jadi baik2 saja... maka, pada keesokan harinya aku masih rasa HEBAT tetapi dengan menjadi diri aku sendiri.... dengan apa yang aku ada ... buat pertama kalu aku sa melakukan sesuatu yang paling paling paling benar."

Adakah dengan hilangnya kasut aku tadi aku sudah tidak rasa HEBAT lagi? kita jangan lupa rezeki itu datang daripada Allah, Allah boleh memberi dan mengambil sekelip mata daripada kita. So aku pun pujuk hati aku, adik tempat aku mengadu, apa boleh buat bukan rezeki aku. Biarlah kasut tu hilang, jangan orang yang aku paling 'sayang' yang hilang hehehe... hari2 aku mesej dia... kejutkan sahur... kalau aku pigi kerja aku bagi tau... tiap saat, jam, hari aku sentiasa ingat dia, rindu dia, sibuk macam mana pun aku tetap ingat dia. Tapi ingatkah dia pada aku, rindukah dia pada aku.. sayangkah dia pada aku..hanya dia yang tau.. wah jiwangnya.... Yang penting aku saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaayangdengan dia...

K ndak lama lagi solat subuh.. bagi kawasan Kota Kinabalu dan yang sewaktu dengannya... rasanya tu jak entry aku dipagi subu yang hening ini... rasa lega bila dapat meluah ni kan hehehe.. so panjang umur murah rezeki kita jumpa di entry yang akan datang...

p/s Jangan lupa besyukur pada Allah di atas kurniaan rezeki daripadaNYA... sabar dengan segala ujianNYA






Monday 8 August 2011

BERBUKA PUASA BERSAMA TYT

Bismillah hirrahmanirrahim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Berjumpa lagi dalam entry kali ini ..Berbuka@bersungkai bersama TYT dimasji UMS. Aku balik dari keja tadi trus mandi dan strika baju melayu warna pink gelap gitu. Dalam pada masa itu aku msg adik bg tau aku pigi berbuka puasa di UMS. Sian adik hari ini adik penat@mengantuk, aku faham perasaan adik. Hari ni adik ada urusan yang memerlukan tenaga@pertolongan adik. Adik bagi tau, adik penat@mengantuk, kesian adikku. 

Adik msg lagi mau solat tarawih d KK, mau rasa mood Ramadhan, itulah harapan aku. Muda2han aku dapat solat tarawih dengan adik, isnya Allah. K berbalik pada cita kita berbuka puasa dengan TYT, aku dan kawan2 bertolak dari rumah dalam jam 6 petang. Kami kena berada disana sebelum solat maghrib. Sesampainya di masjid UMS, orang sudah ramai so kami pun ambil tempat duduk sementara menunggu kedatangan TYT. Setelah TYT sampai dan sebelum masuk waktu berbuka, acara diteruskan dengan penyampaian tazkirah oleh ustaz Israa Ramlee, biasalah tazkirah mengenai kelebihan bulan Ramadhan.

Azan pun berkumandang, masa untuk berbuka. Aku mcm biasa berbuka ala kadar jak, lepas tu kami solat mahgrib. Lepas solat maghrib, kami makan berat, apa lagi aku yang ndak pernah makan nasi waktu berbuka, aku pun makan sepuas hati. Banyak juga aku makan, soto, ABC pun ada. Tapi aku sekadar merasa@makan sikit jak soto & ABC tu. Ndak boleh makan banyak2 nanti ndak boleh solat tarawih. 

Lepas makan, aku merehatkan perutku yang kekenyangan, mcm ular sawa sudah ndak boleh bergerak hehehe :). Kami solat Isyak dan solat Tarawih, kami solat 8 rakaat jak sebab ada TYT. Lepas tarawih tu ada makan lagi@moreh. Tapi aku surender sudah, aku ndak mampu mau makan lagi walapun bubur jak@kiuh muih. Sebelum tu aku bersalaman dengan Datuk Mufti Sabah, Datuk Ahmad Alawi Hj.Adnan, aku sangka dia ndak kenal aku lagi, salam2 jak Datuk Mufti sebut nama aku "Sofian", tanya apa kabar dalam bahasa Arab. Well kami kalau berjumpa cakap bahasa Arab jak. Kejap jak kami cerita sebab Datuk mau balik sudah. So aku pun balik jugalah. 

Sampai rumah aku msg adik, tanya adik buat apa? adik call aku, rupanya adik baru siap mandi. So berbual kejap jak sebab adik mau solat Isyak. Sian adik mesti penat kan, adik rehat2lah ya. Kalau abg ada tadi boleh juga tolong urut2 kan heheh. 

So itulah cita aku kali ini, sorylah aku ndak da pic mau kasi masuk dalam cita aku ni, ntilah ya hehehe. K aku mengantuk sudah ni@ mau tidur, esok keja lagi. Nti kita jumpa dientry yang akan datang k. Selamat malam.

p/s ndak tau mau masak apa sahur nanti....

Sunday 7 August 2011

Terima Kasih Cikgu

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum....

Bertemu lagi kita dalam entry baru kali ini... mau kongsi cita ni yang berkaitan dengan title hari ini "Terima Kasih Cikgu"...atau dalam bahasa arabnya "Syukran Ya Ustaz" ... kalau mau tau siap cikgu aku.. ikutilah kisah aku ini. Mcm ni citanya.. aku ni new bloger lh katakan..so ada beberapa perkara yg aku ndak faham dalam blog ni. So if u want to know whos my teache is my beloved adiklah hehehe... adik aku lah yang banyk ajar aku pasal blog2 ni. 

Aku ada minta tolong dengan adik pasal mau join satu segmen ni, so adik ajar aku mcm mana mau join @ kasi link dengan blog adik. Punyalah aku ndak faham sebabnya berhubung melalui telefon jak... rasanya adikku pening kepala mau kasi terang sama aku yang ndak faham2 ni. Last2 adik bagi tau hari besok jak buat entry tu, sian adikku pening kepala kali layan karenah abgnya ini.

Keesokan harinya.. adik online ( maklumlah kami ni jarak jauh ).. opsss sebelum tu @ semalam aku email adik, minta tolong adik buatkan entry@join segmen yang aku mau join tu. So korang mau tau apa jawapan adikku.. "ndak mau" kata adikku. huhuhu :(. adik cakap kena buat sendiri juga. Tulah bestnya adikku.. ndak kira abg kena buat sendiri juga. So adik pun ajar aku cara mcm mana mau join segmen tu... pening juga aku jadinya. Apa lagi adik pun mcm cikgu sudah.. balik2 cakap "FAHAM" ... apa lg aku ni buat2 faham jk lah... nti kena marah oleh Cikgu baru tau... 

Mcm2 lh cara adikku bagi faham, dan akhirnya aku berjaya juga... punyalah senang rupanya hehe.. senang konon :).. kalau ndak da adik tadi mana aku dapat buat. Syukran ya akhi.. syukran ala musa'adatik = terima kasih atas bantuannya. So tulah cita aku pasal cikgu yang banyak bantu aku dalam hal blog2 ni. Nti abg belanja makan chees cake ya hehe... 

p/s lain kali jgn susahkan orang ye.... 



Sahabat Ramadhan


BULAN RAMADHAN AKU ... tahun ni agak sedih sikit, sebab aku tak sihat, doktor ndak suruh aku puasa sehingga puasa ke 4 ( hari keempat Ramadhan )+ (pecah rahsiah aku), sebabnya  aku kena makan  ubat setiap 5 jam. Aku rasa lain macam jak bila ndak dapat puasa. Kalau aku ndak puasa dalam minggu ke dua Ramadhan ndak apa juga, ini minggu pertama@hari pertama Ramadhan aku ndak dapat puasa. Aku sedih@menangis bila time berbuka puasa, aku rasa sayu masa tu sebab ndak dapat berbuka bersama pada hari pertama puasa. Aku masage adik, adik faham perasaan aku.. adik kata bukan aku sengaja.. sebab aku sakit, lainlah kalau aku sihat tadi kan... makaseh adik.  

Hari ni hari ketiga aku berpuasa, syukur pada Tuhan kerana masih mengizinkan aku untuk berpuasa. Syukur sebab aku ndak sakit perut dan syukur juga sebab gastrik aku ndak datang, inilah berkat bulan puasa.

p/s Dengar nasihat doktor kalau anda mau sihat... aku ada doktor peribadi  : )...

Saturday 6 August 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Salam semua..

Hari ni 06.08.11 (sabtu), jam 3.15 pagi..

Aku ndak dapat tidur dari jam 1.30 macam tu...aku terjaga dari tidur sebab aku sakit perut, so aku memerutkan diriku. Aku sakit perut sebab makan pedas time berbuka dengan adikku. Happynya dapat berbuka puasa dengan my beloved adik, sebab lama ndak jumpa adikku. Ce tanya.. ce tanya kami berbuka di mana?? di Sicret Resepilah hehehe... adik order kek kegemarannya New York chees cake gitu... aku order chees cake jg tapi perisa durian.. nyam..nyam so yummy... shhhh jgn bagi tau orang ya.. adik aku ni ndak suka bau durian hehe.. jgn marah ya dik.. sayang adik :)

Mau tau pasal apa aku sakit perut.. hehehe... kami order sup.. Vieatnam Soup.. aku pun lupa nama resepi tu.. tapi adalah nama Vieatnam tu... so sup ada lada sebagai penambah rasa... well sup kalau ndak da ladanya ndak sedap. 1st adik aku letak lada sikit dalam sup adik.. aku pun rasa sedap juga. So dengan tamaknya aku pun campur lada dalam sup aku.. mak oii pedasnya.. bagi adik aku ndak pedas.. tapi aku pedas sudah. Tapi aku lantak juga sebab sedap. Itulah cita mcm mana aku boleh sakit perut.

So lepas memerut baru aku rasa lega, lepas memerut tu aku mandi sebab panas. Tu yang aku ndak dapat tidur sebab mengantuk aku sudah hilang hehehe... So untuk isi masa tu aku baca al-Quran kejap, lepas tu aku cuba utk menidurkan diriku.. tapi ndak dpt tidur juga. Aku baca novel pulak utk mengantukkan mata ku.. pun ndak dpt juga....so tu sebab aku memblogkan diriku dan terus sahur..

Talk about sahur.. aku ndak tau mau masak apa??? tapi rasa2nya aku mau masak nasi goreng jer :)... goreng pun sodap :). K lah.. sampai sini jak ya.. nanti jumpa next entry.. aku mau masak sahur dulu. K selamat bersahur tuk semue :)..

p/s harap2 perut aku ndak meragam lagi... adik bangun sahur... hehehe..

Friday 5 August 2011

hari pertama aku berblog....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, salam satu Malaysia dan salam perkenalan...

Hari ni Jumaat, 05.08.2011, 1st day aku berblog... : ).. seronok pun ada.. happy pun ada juga...

Aku ni sebenarnya new bloger hehe... setelah sekian lama aku melihat blog orang.. baru kali ni aku merasa blog sendiri. Thanks 2 my beloved adik yang buatkan  aku blog ni.. sian bh aku ni cetek IT hehehe... kalau diikutkan time aku study lagi aku ada blog, tapi aku jk yang ndak ambil peduli. So aku kena ucap jutaan syukran, terima kasih, thank you to my adik yang bagi aku semangat@dorongan untuk berblog ni... rasa ndak ketinggalan juga kan berblog-blog ni.. walapun sebenarnya sudah lama aku ketinggalan hahahaha..

Aku pun ndak tau mau cita apa dalam 1st enrty ku ni.. cuma ingin berkongsi rasa happy ku ini hehehe. Ectually adik aku sdh lama buatkan aku blog ni.. cuma kali ni aku ada masa mau buka dan kongsi2 cita. Sebenarnya aku ndak berapa sihat.. tu yang aku ndak masa mau buka blogku ini...

"Hari ini genap sudah....".. bestkan titel tu.. hah! tu ada makan tersirat tu.. aku dan adikku jak yang tau apa maksudnya... so korang boleh tafsirlah ya.. genap umur kah?.. genap hari kah?.. genap apa2lah ..

insya Allah aku akan cuba luangkan masa untuk berblog ni.. thanks again to my adik kesayangan aku yang membuatkan aku blog ni.. siap guna gambar pakai kain pelikat gitu...

k guys.. see at the next entry... betul kah entry.. hahah hantam sajalah...

p/s Kalau ndak tau tanya ya... maklumat dihujung jari anda...