Solawat dan salam ke atas Nabi junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW
Asslamualikum warahamtullahi ta'ala wabarakatuh...dan salam sejahtera..
[Hari ini.. 18.08.2011/ 18 Ramadhan 1432 Hijrah, Genap sudah 89 hari usia perhubungan kami, moga kasihsayang dan ukhuwah yang terjalin akan berkekalan buat selamanya.. cepatnya masa berlalu pergi.. ]
Bertemu kembali dalam entry kali ini.. agak lama juga aku ndak meng'entry'kan diri ni. Adik aku pun ada tanya, ndak da entry baru kah? aku bagi tau insya Allah aku akan buat. So hari ini aku pun buatlah entry baru. Tapi sebelum tu, aku mohon maaf kalau entry aku ni ndak da yang menarik, tidak macam bloger yang lain cita@entry dorang kelas2 belaka. Maklumlah aku ni ndak tau mok cita apa. So apa yang aku terfikir itulah yang terzahir dalam blog ku ini.
Ok back to the title .. bila baca jak tajuk entry kali ini mesti banyak masalh kan. Ya, memang betul, aku ada masalah, ectually bukan hari ni jak, dalam minggu ini banyak betul masalah yang aku hadapi. So tidak lain tidak bukan tempat aku mengadu adalah adik aku. walau pun adik tapi aku rasa macam aku yang jadi adik dan adik aku yang jadi abang. Ndak kisahlah adik kah abang@tua kah muda yang penting boleh tolong kita bagi pendapat, pandangan, dorongan dan yang sewaktu dengannya.
Baru-baru ini sakit aku datang lagi, tiba-tiba dada@jantung aku sakit. Sebelum tu aku pigi sambung lesen di pejabat Pos Besar KK, setelah selesai buat lesen aku pigi CP mok ambil h.sat adik kena baiki sebab rosak. Lepas daripada CP, time mok balik ofis, aku rasa dada aku rasa mcm lain jak, sakit yang menyucuk-nyucuk. So aku pun parking tepi kejap utk rehat, dalam pada itu aku mesej adik aku. Adik aku suruh pigi hospital, tu pun kalau dgr cakap adik. Mcm marah jak adik aku ni heheh :), aku faham maksud adik. So aku pun p hospital... kena ikut cakap adik aku, sebab adik adalah 'doktor' peribadi aku. So aku paksa juga drive ke hospital w.pun dalam keadaan sakit. nasib baik ndak pengsan. Sampai jak hospital aku trus masuk bilik kecemasan, so aku terangkan pada doktor yang aku sakit dada@jantung. So aku pun diberikan oksigen dan disuruh rehat. Doktor cakap aku sebab stress, memang betul aku stress dengan kerja. So tekanan darah, jantung ndak stabil tu yang buat aku panik dan yang sewaktu dengannya. Lama juga aku di hospital, bila aku sudah rasa lega@tenang, lepas doktor bagi ubat dan aku pun benarkan balik. Aku ndak balik ofis, aku terus balik rumah abah untuk berehat.
Minggu ini juga aku banyak meeting, balik-balik meeting, hari in pun aku ada meeting. Meeting pasal penubuhan program baru iaitu program Doktorate In Buseniss Administration (DBA), ala.. macam PHD jugalah. So masa meeting tu tiba-tiba kepala aku pening, mayb kena hujan tadi pagi. Aku harap aku ndak demam, sebab aku ni elergik dengan hujan, kena sikit jak terus demam. Aku ndak lama dalam meeting tu, so aku pun keluar awal sebab aku mok merehatkan diriku buat seketika waktu.
Setelah aku rasa lega sikit, aku pun online kejap, dapat jugalah aku b'chat dengan adik ku tapi kejap jak. Aku dapat tau ada orang cakap yang ndak baik pasal adik ku... tetiba aku rasa sedih dan geram. Aku sedih sebab sampai hati orang tu cakap yang bukan2, rezeki itu daripada Allah, bukannya adik aku ndak berusaha cuma belum ada rezeki lagi. Aku geram dengan orang yang cakap adik aku yang bukan2. Tiba2 aku rasa sedih dan sebak, aku dapat rasakan apa yang adik rasa time orang tu cakap dengan adik. Sebab aku pun dulu pernah kena cakap2 juga, belajar tinggi2 tapi keja pun belum dapat2 juga. Aku ndak dapat tahan menahan sebak, lalu air mata lelaki ku gugur untuk kesekian kalinya. Malu juga dengan adik, adik stedy jak ndak nangis tapi aku plak yang emosi. Bukan apa aku sayang ma adik aku.. hanya Allah yang tahu.
Rasanya setakat ini jak kisah aku kali ini, apa2 pun aku bersyukur kehadrat Ilahi sebab dikurniakan seorang adik yang kuat, tabah, serba boleh dan macam2 lagilah kehebatan yang ada pada adik aku. Bukan niat memuji tapi itulah hakikat yang sebenar.
p/s Jangan sia-siakan masa yang ada, kerana masa yang ada itu tidak akan berulang kembali...
No comments:
Post a Comment