mode


Tuesday 22 November 2011

PENUNJUK perasaan Mesir cuba melontar bekas gas pemedih mata ke arah anggota keselamatan ketika perusuh lain
cuba mengelak menghidunya dalam pertempuran hari ke-3 di Dataran Tahrir, Kaherah.

PENUNJUK perasaan Mesir cuba melontar bekas gas pemedih mata ke arah anggota keselamatan ketika perusuh lain cuba mengelak menghidunya dalam pertempuran hari ke-3 di Dataran Tahrir, Kaherah

Kerajaan sementara Mesir berundur, pertempuran meletus di Tahrir


2011/11/22

KAHERAH: Kabinet sementara Mesir mengumumkan hari ini bahawa mereka meletakkan jawatan selepas berlaku pertempuran baru meletus antara penunjuk perasaan dan polis di Dataran Tahrir yang menuntut perubahan politik negara itu.

“Kerajaan sementara pimpinan Perdana Menteri, Essam Sharaf sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera," kata jurucakap kabinet, Mohammed Hegazy dalam satu kenyataan.
Stesen televisyen memetik sumber tentera bahawa Majlis Tertinggi Angkatan Tentera bagaimanapun menolak peletakan jawatan berkenaan.
Laporan agensi berita MENA pula memetik Menteri Penerangan, Osama Heikal bahawa perkara itu bagaimanapun belum diputuskan lagi.

Sekiranya peletakan jawatan Sharaf diterima, tarikh pilihan raya Parlimen, iaitu yang pertama sejak Hosni Mubarak digulingkan, yang dijadualkan 28 November ini mungkin ditunda kepada Februari tahun depan.

Polis dan tentera dilaporkan terpaksa menggunakan belantan, gas pemedih mata dan tembakan ke udara bagi menyuraikan ribuan tunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Tahrir semalam.

Tunjuk perasaan turut tercetus di Bandaraya Alexandria dan Bandaraya Suez dengan ratusan dilaporkan cedera semasa perhimpunan berkenaan.
Menteri Kebudayaan, Emad Abu Ghazi awal lagi bertindak meletakkan jawatan kerana kesal dengan tindakan kerajaan dalam menangani tunjuk perasaan berkenaan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan, setakat ini 24 orang maut sejak keganasan terbaru itu tercetus menjelang pilihan raya umum Mesir, minggu depan. - AFP

p/s - semoga adik aku selamat di bumi  mesir...



No comments: