mode


Sunday 13 November 2011

eqbalzack.com Writing Contest [2] : Lecturer-student relationship, anything wrong?

click SINI untuk maklumat lanjut

Perhubungan itu dicipta dengan cukup suci. Sesuci air yang menghapuskan kekotoran yang terpalit pada tubuh badan. Namun, kebejatan manusia yang tidak melihat aspek kesucian itulah yang sering merosakkan makna sesebuah perhubungan.

Sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan, saya merasakan hubungan antara seorang pensyarah dengan pelajar perlu berlangsung dalam keadaan yang suci. Suci itu sifatnya jelas, tidak ada makna tersirat yag boleh dibolak-balikkan. Suci itu penerimaannya juga jelas kerana semua orang akan menerima sesuatu perkara yang bersifat suci.

Bagaimana perhubungan yang tepat antara seorang pelajar dan pensyarah?

  1. Hubungan akademik dimana tugas utama seorang pensyarah ialah untuk mencurahkan ilmu sebanyak mungkin kepada pelajar.walaupun konsep menimba ilmu diperingkat universiti adalah luas, namun peranan pensyarah perlu tepat umpama membidik anak panah pada sasaran.
  2. Hubungan persahabatan iaitu seorang pensyarah boleh menyesuaikan diri dengan usia seseorang pelajar. Hal ini penting untuk mewujudkan rasa selesa pelajar menyatakan sebarang masalah dalam pelajaran kerana pensyarah berperanan sebagai pemudah cara untuk seseorang pelajar dalam mengejar cita-cita.
  3. Hubungan kekeluargaan kerana semua umat manusia patut ada perasaan kekeluargaan. Apatah lagi mereka yang bernaung dalam satu organisasi, duduk dibawah satu bumbung fakulti. Perasaan kekeluargaan ini akan mewujudkan perasaan saling hormat antara pihak yang terlibat.

Salahkah seorang pensyarah bercinta dengan pelajar?

Tiada yang salah dengan perhubungan atas nama cinta. Percayalah Allah swt menciptakan semua perkara di dunia ini didahului dengan kebaikan. Keburukan terjadi atas khilaf kita sendiri sebagai manusia. Maka andai terjalin hubungan cinta, segerakanlah agar hubungan cinta itu menjadi hubungan cinta yang suci, iaitu hubungan cinta yang diredhai yang mendapat doa dari para malaikat ke atas pasangan yang bercinta.

'Sesungguhnya orang yang mukmin itu bersaudara di antara satu dengan yang Lain.'
(Surah al-Hujurat : 10)

Hayatilah ayat ini, maka InsyaAllah tidak akan ada kepincangan dalam hubungan antara pensyarah dengan pelajar.

(291 patah perkataan)

4 comments:

Kaki Wayang said...

Nice entry actually..good luck..

Muhammad Aakif Firdaus said...

Nice point here..good luck...

pyan yatim said...

terima kasih semua

fRaMe+LenSeS said...

Nadh datang melawat peserta contest mr.Eq. tahniah.. Suka cara kamu menyampaikan pendapat.

moga berjaya. ;)