mode


Tuesday 13 September 2011

Maksud Sebuah Kehidupan

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

apa khbar semua? moga kalian dalam keadaan sihat walafiat, berbahagia,dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan. Setelah sekian lama aku tidak membuat entry...akhirnya aku muncul kembali.. sory sebab aku sibuk dan menyibukkan diriku.. : ).. tu pun kalau adik aku tidak paksa aku dan  balik-balik ingatkan aku untuk luangkan masa untuk buat entry baru. malu juga dengan my beloved adik ni... adik akulah yang bagi dorongan kat aku yang lemah idea ni huhuhu. So aku kena usaha jugalah kan.... takkan nak diingatkan berkali-kali.... makasah sekali lagi buat adikku...

K kawan-kawan blogger ku yang aku hormati lagi sayangi... dalam kehidupan kita ini banyak perkara yang kita lalui. Ada yang gembira, ada yang sedih dan macam-macam lagi situiasi yang kita alami. Bila kita cakap pasal kehidupan.. ramai yang mengatakan aku belum puas untuk hidup.. banyak perkara yang aku belum buat lagi... aku mau puaskan hatiku buat itu dan buat ini.. sebenarnya banyak lagi kenyataan-kenyataan yang berbaur kehidupan. Aku pun macam tu juga.... banyak perkara yang aku nak buat untuk memuaskan hidup.

Bagi aku kehidupan itu terlalu abstrak, masing-masing punya pandangan dan pendapat. Dalam kehidupanku sehari-hari.. banyak perkara yang aku fikirkan. Bagaimana aku mau memajukan diri, mau meningkatkan prestasi, dalam ertikata lain bermuhasabah diri. Terus terang aku katakan.. aku banyak belajar daripada adikku tentang kehidupan, walaupun adikku lebih muda daripada aku, muda bukan 1-2 tahun tapi 10 tahun perbezaan umur kami. Hahaha agak-agaknya berapa umur aku sekarang ?? kata Dato Siti Nurhalizah "Biarlah Rahsia"... kadang-kadang aku rasa aku yang adik dan adikku adalah abang...

Aku tidak kira muda atau tua daripada aku, yang penting boleh memberi sumber inspirasi, dorongan, nasihat, peringatan dalam kehidupanku ini. Mungkin kalau kalian perasan kenapa aku selalu cerita pasal adikku dalam blog ni kan??? aku bukan niat memuji adik sendiri, tapi adikku lah sumber inspirasi ku, semangat ku... kekuatan ku ... aku bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mempunyai adik sepertinya. Moga Allah memanjagkan usianya, dimurahkan rezekinya, dikurniakan kesihatannya, dipermudahkan segala urusannya, itulah doaku buat adikku tiap saat dan waktu.

Jadi masing-masing punya sumber inspirasi, masing-masing punya idola dalam kehidupan masing-masing. Adikkulah sumber insfirasi dan idola ku. So aku sebagai manusia biasa, punya banyak kelemahan akan berusaha memperbaiki diriku, aku bukanlah yang terbaik tapi akan cuba yang terbaik untuk diriku, kehidupanku dan untuk orang yang aku sayang.

p/s - Hari ini 11.09.11/ 15 Syawal 1432H.. genap sudah 115 hari....

Saturday 10 September 2011

Industri halal sasar 2 angka

MALAYSIA menyasar untuk mencatat pertumbuhan dua angka dalam jumlah eksport industri makanan dan minuman halal yang diproses bermula tahun ini dan seterusnya, yang mana antara lain disumbangkan aktiviti seperti penganjuran Halal Fiesta Malaysia (HALFEST).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pada tahun lalu jumlah eksport makanan dan minuman halal yang diproses adalah RM8.2 bilion.
Katanya, potensi sektor berkenaan sewajarnya dieksploitasi sebaik mungkin oleh usahawan sedia ada agar permintaan industri halal bergerak dengan lebih aktif untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Beliau berkata, permintaan daripada destinasi eksport utama seperti Amerika Syarikat, China, Pakistan, Jepun dan Singapura sentiasa meningkat berikutan rakyat mereka mula menyedari kualiti produk dari sektor itu.

Sasaran dua angka untuk jumlah eksport industri makanan dan minuman halal yang diproses ini boleh ditingkat dengan mudah jika kita memperbaiki strategi di pasaran sedia ada, termasuk menerusi penganjuran HALFEST 2011 bulan depan, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia dan pelbagai inisiatif lain.

Sebenarnya RM8.2 bilion masih kecil jika dibandingkan potensi yang ada dan ia masih perlu ditambah supaya Malaysia diiktiraf sebagai peserta yang signifikan dalam pasaran halal global, katanya selepas melancarkan HALFEST di Kuala Lumpur, semalam.

lanjut di SINI

Tiga sahabat satu liang lahad

KANGAR: “Mayat mereka saya temui dalam keadaan berpelukan di dasar terusan. Ketiga-tiganya sudah tidak bernyawa ketika saya naikkan ke tebing,” kata Mohd Husna Idris, 28, selepas cuba menyelamatkan tiga kanak-kanak yang lemas di sebuah terusan di Kampung Banat, di sini, petang semalam.
Mangsa dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu ialah pasangan kembar Abdul Hakam dan Abdul Hakim Zulkifli serta Muhammad Akmal Abdul Razak.
Ketiga-tiga mereka berusia lapan tahun.

Mohd Husna berkata, sebelum kejadian dia melarang ketiga-tiga mangsa mandi di terusan di hadapan rumahnya kerana kawasan itu agak dalam iaitu melebihi dua meter.

lanjutnya di SINI

Smurfs 3D

MAKHLUK kecil biru comel, Smurfs, yang pernah mendominasi kaca TV sekitar 80-an kembali semula apabila diangkat ke layar lebar.

Menariknya versi layar perak ini memperlihatkan mereka menempuh pelbagai pengalaman baru apabila memasuki gua larangan hingga sampai ke Central Park, New York.

Tidak jauh lari daripada kisah asal, penduduk di perkampungan yang mendiami rumah cendawan itu masih diancam tukang sihir jahat bernama Gargamel lakonan Hank Azaria bersama kucing peliharaannya, Azrael.
Cuma kali ini si botak itu tidak memakan makhluk terbabit sebaliknya memburu Smurfs untuk mendapatkan pati yang menguatkan lagi sihirnya.

Pencariannya itu tidak pernah bernoktah, sekali gus memaksanya berusaha hingga ke New York untuk mendapatkan apa yang dihajati.

Seperti Gargamel yang kali ini ditonjolkan punya sisi humor berbanding perwatakan di kaca TV dulu, magis masih mendominasi versi terbaru ini.

selanjutnya di SINI