mode


Saturday 10 September 2011

Industri halal sasar 2 angka

MALAYSIA menyasar untuk mencatat pertumbuhan dua angka dalam jumlah eksport industri makanan dan minuman halal yang diproses bermula tahun ini dan seterusnya, yang mana antara lain disumbangkan aktiviti seperti penganjuran Halal Fiesta Malaysia (HALFEST).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pada tahun lalu jumlah eksport makanan dan minuman halal yang diproses adalah RM8.2 bilion.
Katanya, potensi sektor berkenaan sewajarnya dieksploitasi sebaik mungkin oleh usahawan sedia ada agar permintaan industri halal bergerak dengan lebih aktif untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.
Beliau berkata, permintaan daripada destinasi eksport utama seperti Amerika Syarikat, China, Pakistan, Jepun dan Singapura sentiasa meningkat berikutan rakyat mereka mula menyedari kualiti produk dari sektor itu.

Sasaran dua angka untuk jumlah eksport industri makanan dan minuman halal yang diproses ini boleh ditingkat dengan mudah jika kita memperbaiki strategi di pasaran sedia ada, termasuk menerusi penganjuran HALFEST 2011 bulan depan, Pameran Halal Antarabangsa Malaysia dan pelbagai inisiatif lain.

Sebenarnya RM8.2 bilion masih kecil jika dibandingkan potensi yang ada dan ia masih perlu ditambah supaya Malaysia diiktiraf sebagai peserta yang signifikan dalam pasaran halal global, katanya selepas melancarkan HALFEST di Kuala Lumpur, semalam.

lanjut di SINI

1 comment:

nabila binti masri said...

follow blog ney..http://miracleofbeezz.blogspot.com/...nice blogs n banyak manfaat..